Thursday, April 25, 2013

Apabila Laungan Azan bergema.....

Sempena Minggu Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam diadakan Pertandingan Azan dan Iqamah di Sk.Kanibongan. Tepat jam 12.30 tengahari,acara bermula...
antara peserta yang bertanding...
rasa tenang apabila mendengar laungan azan yang mendayu-dayu memuji kebesaran illlahi, mengajak manusia bersolat, mengajak manusia ke arah kejayaan. Cukup lengkap diciptakan azan yang menjadi kebanggaan umat Muhammad. Hati ini mengucap syukur kerana anak-anak murid kecil ini dapat melaungkan azan dengan begitu indah. Biar suara tidak lunak tetapi kita dapat merasai kemerduan keikhlasan hati mereka. Bukan lunak suara ditentukan tapi hati yang ikhlas menjadi timbang tara di sisi Illahi.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana 
menanti debaran
Acara yang dilangsungkan sederhana tetapi dapat mencuit rasa ingin tahu di kalangan murid Sk.Kanibongan. Walaupun jumlah kami sedikit, Alhamdulillah kami diberi peluang untuk membuat majlis serba sederhana bagi mencari muazin dari murid Sk.Kanibongan. Azan bagi kategori lelaki dan Iqamah bagi kategori perempuan. Di sini, kami dapat mencari bakat-bakat pelajar kami dan mendidik generasi Islam di Sk.Kanibongan. Alhamdulillah.
malu-malu die...
ok..boleh mula sekarang...


dapat tangkap yang ni je untuk kategori perempuan..

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, InsyaAllah pemenang akan diumumkan pada kemudian hari...Tahniah dan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak. Jasamu dikenang....Syukran...



No comments: