Tuesday, April 30, 2013

siap sudah!!! ini kalilah

DI DALAM kesibukan pilihanraya..kami pulak sibuk benda lain..hehehhe...iaitu SIAP sudah hadiah untuk minggu panitia PAI dan BA, amat berpuas hati (kami je kot berpuas hati)...hehehe..biarkan manusia-manusia yang tidak berpuas hati...
mari semua berbaris!!!



nampak tak?


taburan emas dan perak...grab one!





dalam penyediaan membungkus!


tegak berdiri membina bangsa...cehwahhh~

Friday, April 26, 2013

cutenye kucing ni....

comel tak kite??
Mata kucing adalah kesempurnaan ciptaanNya.Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama - nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada - Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al - Hasyr 24)

Penglihatan kucing sangat tajam pada waktu malam.Kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan di belakang retina yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari.
saya sayang awak!



kucing juga ibarat penenang jiwa...begitulah indahnya ciptaan Allah. Kalau tidak silap saya, diberitahu ada kajian yang mengatakan apabila kita memelihara kucing akan memanjangkan umur kita jika hendak dibandingkan dengan orang yang tiada kucing. mungkin ada benarnya, tanggapan ini...dengan sifat manja kucing ini memberi kita ketenangan jiwa. Tidak peliklah ada yang mengatakan kucing adalah peneman terbaik manusia.

cepatlah berat ni!....


kucing ni ada juga menariknya:
tahu tak?apabila kucing berumur 6 bulan bersamaan dengan usia 10 tahun manusia.
tahu tak?kucing termasuk haiwan yang sangat BERSIH!!!kerana mereka menjilat rambut mereka. Air liur mereka memiliki daya pembersih yang kuat tapi AWAS dapat bagi alergi pada manusia.

hehehe...menarik kan?jumpe lagi!!!


tulisan cantik memang di hati.....

ok..teruskan menulis..dh berpeluh ni...

ok....sy nak mule tulis ni



cover2!!!



tekun je die tulis


ramai kosong tempat..coz cr port nak menulis

 SEMPENA MINGGU BA DAN PAI 2013

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK BAHASA ARAB




Thursday, April 25, 2013

Apabila Laungan Azan bergema.....

Sempena Minggu Panitia Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam diadakan Pertandingan Azan dan Iqamah di Sk.Kanibongan. Tepat jam 12.30 tengahari,acara bermula...
antara peserta yang bertanding...
rasa tenang apabila mendengar laungan azan yang mendayu-dayu memuji kebesaran illlahi, mengajak manusia bersolat, mengajak manusia ke arah kejayaan. Cukup lengkap diciptakan azan yang menjadi kebanggaan umat Muhammad. Hati ini mengucap syukur kerana anak-anak murid kecil ini dapat melaungkan azan dengan begitu indah. Biar suara tidak lunak tetapi kita dapat merasai kemerduan keikhlasan hati mereka. Bukan lunak suara ditentukan tapi hati yang ikhlas menjadi timbang tara di sisi Illahi.
Ribuan Terima kasih diucapkan kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana 
menanti debaran
Acara yang dilangsungkan sederhana tetapi dapat mencuit rasa ingin tahu di kalangan murid Sk.Kanibongan. Walaupun jumlah kami sedikit, Alhamdulillah kami diberi peluang untuk membuat majlis serba sederhana bagi mencari muazin dari murid Sk.Kanibongan. Azan bagi kategori lelaki dan Iqamah bagi kategori perempuan. Di sini, kami dapat mencari bakat-bakat pelajar kami dan mendidik generasi Islam di Sk.Kanibongan. Alhamdulillah.
malu-malu die...
ok..boleh mula sekarang...


dapat tangkap yang ni je untuk kategori perempuan..

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, InsyaAllah pemenang akan diumumkan pada kemudian hari...Tahniah dan ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak. Jasamu dikenang....Syukran...



Wednesday, April 24, 2013

minggu panitia:Pertandingan Mewarna Tahap 1

must do it...yeah!!

inilah yang dikatakan kecil-kecil cili padi, kecil-kecil dah ade semangat nak bersaing...good girl!....u can do it!...satu perkara yang suka tentang budak kecil ini mereka suka bersaing sesama mereka dan tunjukkan apa yang mereka boleh buat.walaupun di mata kita, hanya perkara yang cukup simple tapi ini adalah saat yang mereka nantikan. Mereka seperti orang dewasa yang perlu menyiapkan tugasan dengan tekun.Tahniah untuk adik-adik kecil ni..

apa lagi warna nak pilih ye?any ideas???
seronok melihat mereka bertungkus lumus menyiapkan bahan warna mereka.TAPI bukan setakat mewarna tanpa apa-apa faedah ye?Tujuan dia kite dapat kuatkan deria motor mereka dan diselitkan dengan sedikit tambahan ilmu...nampak tak?ada gambar unta ditulis perkataan "jamalun" dalam bahasa arab dan pengenalan huruf tunggal "ja". Sapa-sapa yang tak tau sila rujuk gambar ye...hehhehe...ada pertandingan ada ilmu di dalamnya..tidak dilupa ye?tugas guru memang macam tu...kena bagi menarik sikit walaupun amat simple.
can i borrow your colors?

p/s : mohon ampun ye..memang sahaja saya buat perkataan SMS dan bukan baku...saya hanya nak "relax" saja bacaan kite...dah selesa camtu...ok..ape-ape kesilapan, mohon diampun...

Tuesday, April 23, 2013

Festival Nasyid 2013

Tarikh: 6 Apr 2013
Tempat: SMK Pitas(setelah diubah daripada PPD Pitas)

Kemenangan: Kami mendapat tempat ke-empat daripada 7 kumpulan, alhamdulillah kerana dapat melibatkan diri dalam festival nasyid dan menyampaikan dakwah islam untuk bumi pitas. Pengalaman mengajar peserta nasyid, penat lelah melayan kerenah mereka, penat lelah membuat lagu dan lirik...akhirnya terbalas.walaupun tidak berjaya tetapi kami berpuas hati kerana kami telah usaha bersungguh-sungguh...(oklah kan?)

ni lah sedikit titipan gambar pada hari tersebut......
ni latihan di surau sk.kanibongan pada pagi tersebut sebelum berangkat...

setelah habis latihan..tangkap gambar muke2 comel dulu....
 hehhehe...nk enter frame gak....
 sudah mule bernasyid...ketar2 dieorang...xpe...kamulah pemenang hati ustazah....
 comel tak?



                                       
                                          dari angle jauh untuk budak-budak nasyid ni..

pada kami anda juara...tiada siapa berhak pertikai!



                  bile ustazah jumpe bahan cantik...menjadi terus...
 barisan panel hakim yang bijaksana...dapat sisi belakang sahaja...

pada kami anda pemenang!!!

pandang apa tu?

khas untukmu 

bile dapat bergambar...tidak dilepaskan..hehehe...

guru pendidikan islam baru

Pada bulan Jun 2012, sk.kanibongan menerima seorang guru pendidikan islam baru bagi meneruskan perjuangan berdakwah di bumi sk.kanibongan....
sedikit biodata mengenai beliau...

Nama diberi: Norhidayah Hamsah
Asal              :Selangor
Panggilan   : ustazah dayah




ok..nilah orangnye...bukan nak promosi ye...cume nak kenalkan guru baru di sk.kanibongan..moga dapat jalankan tugas dengan sempurna...selamat maju jaya diucapkan kepada ustazah dayah....walaupun lambat mengepost...tapi atleast ada daripada tiada kan?ok....assalamualaikum w.b.t.