Tuesday, February 8, 2011

KEPENTINGAN KONSEP SYAHADAH
اشهد أن لا اله الا الله
وأشهد ان محمدا رسول الله
“ Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah SWT dan Rasululullah SAW.”

Oleh itu sesuailah Islam menetapkan syahadah sebagai tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.

Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki kea lam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf. Mereka perlu diajar dua kalimah syahadah, didorong melakukan amalan soleh dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah.

Begitu juga keadaannya bagi seseorang yang baru memeluk Islam. Diaperlu diajar melafazkan dua kalimah syahadah serta perkara-perkara yang telah disebut tadi.

“Syahadah bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.”

Makna syahadatain
Ialah dua kalimah syahadah dimana ia mengandungi dua bahagian syahadah:
لا اله الا الله

Penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah dan penyembahan pengisbatan bahawa hanya Allah tuhan sekelian alam.
محمد رسول الله

Pengakuan kerasulan nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan utusan Allah.
Syahadatain ini akan diakui sah sekiranya kedua-dua bahagian syahadah tersebut diikrar sekali gus. Jika berlaku sebaliknya maka tidak sahlah syahadatain tersebut.

Konsep syahadah
Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan kedalam kehidupan setiap orang Islam. Ini kerana penghayatan mendslsm akan mengukuhkan keimanan dan kesedaran untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah.

Tuntutan syahadah
1.    Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu, zakat, puasa dan haji.
2.    Menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Fardu syahadah

Fardu syahadah ada dua:
1.    
Diikrar dengan lidah.
2.    Ditasdiqkan dengan hati.

Setiap syahadah itu hendaklah diakui terutama orang bukan Islam yang baru memeluk islam. Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama ada dalam bahasa arab ataupun dalam bahasanya sendiri dengan melafazkan:

اسهد ان لا اله الا الله
واشهد ان محمدا رسول الله

“Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Pengakuan di dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja, ertinya apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebagai seorang muslim.

Syarat sah syahadah
Oleh itu apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah. Jika disebut sahaja tetapi tidak diamalkan maka tidaklah sah syahadahnya.

Syarat sah syahadah ada empat:
1.    Diketahui
2.    Ditasdiqkan dengan hati
3.    Diikrar dengan lidah
4.    Diamalkan dengan anggota

Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah, maka wajiblah dia mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau tegahan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

No comments: