Friday, April 6, 2012

MTQ 2012

TERIMA KASIH & TAHNIAH untuk semua peserta-peserta kita, guru pembimbing, guru pengiring dan semua yang terlibat yang telah menjayakan MTQ 2012 pada  30 mac yang lalu. Walaupun kita tidak mendapat apa-apa tempat kedudukan, Mudah-mudahan semua kerja buat kita dikira sebagai ibadah oleh Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t. yang dapat membalas jasa baik tuan-tuan/puan-puan semua. Usaha lagi tahun depan..TAKBIIIIR..

Sunday, July 24, 2011

HARAPAN RAMDHAN
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua



"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Friday, March 4, 2011

MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

Agenda mesyuarat : Pelantikan KP baru
                             : MTQ
                             : Minggu Panitia
                             : KBS 2011
                             : Pembentangan akaun Panitia
                             : Hal-hal lain
Terima kasih kepada semua yang berjaya menhadirkan diri.

Saturday, February 19, 2011

PERLANTIKKAN KETUA PANITIA BARU

Ketua panitia agama Islam yang baru iaitu al fadhil ustaz md hurumi che yusof dengan rasminya dilantik bermula 1 mac 2011. Semoga dengan adanya tenaga yang baru akan membuahkan idea-idea yang baru dan boleh membawa perubahan pendidikan agama Islam kearah yang lebih gemilang dan cemerlang..

Wednesday, February 16, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Pada hari selasa 15.2.2011 / 12 Rabiul Awwal 1432H, Panitia Pendidikan Agama Islam Sk. Kanibongan telah menganjurkan satu majlis sambutan Maulidur Rasul SAW. Majlis ini dianjurkan bersama Panitia Agama Islam SMK Kanibongan dan turut mendapat kerjasama dari penduduk kampung pangkalan kanibongan.

Perarakan bermula di padang perhimpunan Sk.Kanibongan terus ke surau Kg. Pangkalan. Perarakan ini diiringi dengan paluan kompang dan juga selawat keatas nabi SAW.

Apabila tibanya di Surau Kg. Pangkalan, pelbagai program telah disusun sebagai pengisian majlis sambutan Maulidur Rasul ini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi surau iaitu En. Jani Hj. Ahmad. Apabila selesai ucapan pengerusi surau, majlis diserikan dengan alunan nasyid yang dipersembahkan oleh adik-adik pelajar SMK Kanibongan.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang berjaya di laksanakan ialah bacaan qasidah yang di ketuai oleh al fadhil ustaz firdaus mohd khairi. Dengan kemerduan suaranya sedikit sebanyak telah memukau telinga penduduk kampung yang hadir.


Majlis sambutan Maulidur Rasul SAW ini diserikan lagi dengan satu slot ceramah yang telah disampaikan oleh al fadhil ustaz Hurumi yusof. Tajuk ceramah beliau yang bertajuk "KENAPA KITA PERLU MENCINTAI RASULULLAH SAW"
Banyak ilmu yang beliau sampaikan dan banyak faedah yang kami dapat hasil daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

Setelah mengikuti ceramah yang berlangsung selama 2 jam, para hadirin dan hadirat sekali lagi dihiburkan dengan alunan nasyid dari pelajar perempuan SMK kanibongan. Subhanallah,,,merdu sungguh suara adik-adik pelajar kita ni..

Bermula majlis seawal jam 7 pagi sehinggalah jam 11.30 masih lagi tidak berganjak para hadirin dan hadirat kita. Ini tandanya bahawa penghayatan umat Islam di kanibongan ini terhadap Rasulullah SAW amat tinggi..Alhamdulillah.






Majlis pada tahun ini berakhir dengan bacaan  doa yang telah disampaikan oleh al fadhil ustaz ismail al-khattat. Semoga majlis pada hari ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah taala...amiiiin.

Acara yang mungkin juga di tunggu-tunggu oleh penduduk kampung....walau apa pun selamat menjamu selera.
guru-guru (sk) yang menjayakan majlis,,,,
1) ustaz ismail othman
2) ustaz fadhlan abd majid
3) ustaz mohd hurumi yusof
4) cikgu nasir
5) cikgu syahir

guru-guru (smk)
1) ustaz azam abdullah
2) ustaz firdaus mohd khairi
3) cikgu zaki mat saleh
4) cikgu norawi seman
5) cikgu azmi nordin

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT AGUNG MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH PITAS TAHUN 2011 / 1432H

Tarikh          : 7 Februari 2011
Hari             : Isnin
Masa           : 9.00 pagi - 01.00 petang
Tempat        : Bilik Mesyuarat PPD Pitas


Tarikh (MTQSS)          : 29-30 MAC 2011
Hari             : Selasa & Rabu
Masa           : 9.00 pagi - 04.00 petang

Tempat        : SMK Pitas II

Hasil dari mesyuarat ini juga, wakil dari sk kanibongan telah dilantik menjadi AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PEJABAT PELAJARAN DAERAH PITAS TAHUN 2011 - 2013 sebagai penyelaras kem bestari solat (KBS).

KETUA         : US ISMAIL OTHMAN ( SK KANIBONGAN )
P. KETUA     : US SAFIR ( SK KUSILAD )

Tuesday, February 8, 2011

KEPENTINGAN KONSEP SYAHADAH
اشهد أن لا اله الا الله
وأشهد ان محمدا رسول الله
“ Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah SWT dan Rasululullah SAW.”

Oleh itu sesuailah Islam menetapkan syahadah sebagai tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.

Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki kea lam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf. Mereka perlu diajar dua kalimah syahadah, didorong melakukan amalan soleh dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah.

Begitu juga keadaannya bagi seseorang yang baru memeluk Islam. Diaperlu diajar melafazkan dua kalimah syahadah serta perkara-perkara yang telah disebut tadi.

“Syahadah bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.”

Makna syahadatain
Ialah dua kalimah syahadah dimana ia mengandungi dua bahagian syahadah:
لا اله الا الله

Penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah dan penyembahan pengisbatan bahawa hanya Allah tuhan sekelian alam.
محمد رسول الله

Pengakuan kerasulan nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan utusan Allah.
Syahadatain ini akan diakui sah sekiranya kedua-dua bahagian syahadah tersebut diikrar sekali gus. Jika berlaku sebaliknya maka tidak sahlah syahadatain tersebut.

Konsep syahadah
Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan kedalam kehidupan setiap orang Islam. Ini kerana penghayatan mendslsm akan mengukuhkan keimanan dan kesedaran untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah.

Tuntutan syahadah
1.    Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu, zakat, puasa dan haji.
2.    Menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Fardu syahadah

Fardu syahadah ada dua:
1.    
Diikrar dengan lidah.
2.    Ditasdiqkan dengan hati.

Setiap syahadah itu hendaklah diakui terutama orang bukan Islam yang baru memeluk islam. Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama ada dalam bahasa arab ataupun dalam bahasanya sendiri dengan melafazkan:

اسهد ان لا اله الا الله
واشهد ان محمدا رسول الله

“Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Pengakuan di dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja, ertinya apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebagai seorang muslim.

Syarat sah syahadah
Oleh itu apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah. Jika disebut sahaja tetapi tidak diamalkan maka tidaklah sah syahadahnya.

Syarat sah syahadah ada empat:
1.    Diketahui
2.    Ditasdiqkan dengan hati
3.    Diikrar dengan lidah
4.    Diamalkan dengan anggota

Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah, maka wajiblah dia mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau tegahan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

Tuesday, January 25, 2011

TERIMA KASIH PPD PITAS

Syukur kehadrat Allah taala kerana doa kami guru-guru agama Sk Kanibongan akhirnya telah dimakbulkan. Kehadiran Ustaz Hurumi bin Che yusop ke sekolah kami amatlah kami hargai. Semoga al fadhil Ustaz dapat memberi kerjasama yang sepatutnya. Bagi pihak panitia agama Islam, InsyAllah akan memberi kerjasama dan tunjuk ajar yang secukupnya....

Walaupun hanya seorang sahaja guru baru yang di tambah, kami amat berterima kasih kepada PPD Pitas kerana beban kami sedikit sebanyak dapat di kurangkan...

Setakat ini proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama islam berjalan dengan lancar, cuma subjek Bahasa Arab saja yang masih tiada guru. Diharapkan PPD mengambil berat tentang hal ini.

Sunday, January 16, 2011

PERSEDIAAN YANG PERLU ADA BAGI SETIAP PELAJAR YANG INGIN MEMPELAJARI SENI KHAT

Terbahagi kepada dua iaitu :
i. Persediaan fizikal
Tubuh badan Yang sihat dan anggota yang sempurna. Walau bagaimanapun tidak menjadi masalah dan halangan bagi orang yang sempurna atau tidak cukup sifatnya asalkan mempunyai minat yang mendalam.

ii. Persediaan mental
a. Minat yang mendalam
b. Emosi yang tenang
c. Ketekunan yang jitu
d. Kesungguhan yang mantap
e. Daya imaginasi yang tinggi
f. Daya cipta dan tiru yang halus
g. Melatih diri untuk menjadi seorang mempunyai jiwa yang tinggi, halus, perasaan yang tajam, bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap tenang. Selain itu dapatkan bimbingan dari guru yang berpengalaman serta berkemahiran tinggi.

Wednesday, January 12, 2011

Hala tuju mempelajari seni khat

Masyarakat Islam di Malaysia khususnya serta masyarakat dunia amnya perlu :

i. Memartabatkan dan membudayakan tulisan Al-Quran.
ii. Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam.
iii. Memperjuangkan tulisan jawi Di Malaysia ke arah melahirkan generasi al-Quran yang mempunyai roh islam serta mengenali dan mencintai tulisan jawi.
iv. Meningkatkan kefahaman seni khat Di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi dengan menjadikanya sebagai satu mata pelajaran atau ko-kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik.
v. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan khattat yang berwibawa melalui seminar-seminar dan aktiviti Di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Tujuan mempelajari seni khat

I. Memelihara Al-Quran dengan tulisan.
II. Menjunjung wahyu Ilahi.
III. Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran Wahyu Allah dengan tulisan khat.
IV. Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah Warisan lampau yang menjadi rujukan muslimin sejagat.

Sunday, January 9, 2011

PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT

Kepentingan mempelajari seni khat:
i. Kepentingan kepada individu:
a. Khat merupakan satu wasilah perhubungan kemanusiaan dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merialisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
b. Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini.
c. Orang yang mencintai khat mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin.


ii. Kepentingan kepada masyarakat:
a. Khat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar,majalah dan sebagainya.
b. Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-sekolah.
c. Khat adalah alat pemindahan ilmu turas ( ilmu warisan ) dan ilmu pengetahuan. Ia dapat dibuktikan apabila kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang pelbagai jenis semenjak dahulu.

Wednesday, January 5, 2011

MENGENAL ALLAH

TUJUAN MAKRIFAT ATAU MENGENAL ALLAH

Menjurus kepada kepatuhan dan peribadatan terhadapnya bagi mencapai keredhaan dunia dan akhirat. Para ulama bersepakat memutuskan setiap umat islam wajib mengetahui dengan yakin sifat-sifat yang wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Allah.


CARA MENGENAL ALLAH

Melalui akal dan merenung ciptaan Allah SWT.
Mengenali nama-nama dan sifat-sifat-nya.

MENGENAL RASUL

Tanpa mengenali Rasul SAW yang diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh umat, kita tidak akan mendapat hidayat daripada Allah SWT. Kita juga tidak akan mendapat nikmat syurga yang kekal pada hari kiamat.
Para rasul juga mempunyai sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat jaiz (harus).

Rasul sebagai manusia pilihan Allah semestinya memiliki akhlak yang terpuji dan jauh daripada sifat tercela.

“ Sifat yang harus bagi rasul ada satu iaitu mempunyai sifat sebagaimana sifat manusia biasa tetapi tidak membawa kepada tercemarnya darjat kerasulan mereka.”
Mereka makan, minum, lapar, dahaga, berasa dingin dan panas, sakit, sihat, berusaha mencari rezeki dan sebagainya. Firman Allah SWT:


yang bermaksud: sesungguhnya kami telah mengutus beberapa orang rasul sebelummu dan kami memberikan isteri-isteri dan keturunan kepada mereka.
(surah al-ra’d:38)

Monday, May 3, 2010

khat thuluth




polistrin yang dicat mengikut lakaran huruf2 Al Quran, akhirnya dapat jgk disiapkan walaupun dikelilingi dengan kesibukan yang amat sangat. Inilah penghasilan terbaru yang boleh saya banggakan dan dapat kepuasan dihati..Selain daripada itu dapat menambahkan keceriaan bilik pendidikan agama islam kami...
Turut dibantu oleh ustaz fadhlan yang tidak segan silu menunjukkan kepakaran mengecatnya itu..Tanpa sikap ringan tulangnya itu maka lambatlah sikit nak siap..

Thursday, January 14, 2010

MEMOHON TAMBAHAN GURU BARU..

GURU YANG TINGGAL :
:Jqaf 2 orang (kedua dua p/islam)
:GPI 1 orang
KEKOSONGAN :
:Jqaf 2 orang (bahasa arab)
:GPI 1 orang

PPD jangan lah buat tak nampak je perkara ni. kenalah ambik berat skit. Penat jugak rasanya kalau tengok jadual tak ada ruang yang kosong. Lebih lebih lagi sk. kanibongan ni 2 sesi pagi dan petang..pra sekolah pun kena ngajar jugak..tambah PJK lagi..PSV lagi..

MEJA TULIS BARU,,



Sebenarnya meja ni baru je siap.Ilham daripada ustaz anuar yang baru pindah ke negeri pahang tu,maka meja mini ni terhasil..maklumlah budak budak tu asyik meniarap di lantai jer..sian sakit tengkok tengkok.Ditempah dari tukang kampung kanibongan sebanyak 25 buah..sebuah meja RM25...25 x 25 = 625..Ditanggung sepenuhnya oleh panitia agama islam...harapan....nak tambah lagi 5 buah kot...cam tak cukup.

Monday, November 9, 2009

PINDAH LAGIIIIII

Belum lagi kering bibir membicarakan tentang ustazah salehatun dan ustaz salim pindah sekolah, hari ini dunia pendidikan islam di sk. kanibongan pitas digegarkan lagi dengan perpindahan ustaz anuar bakar. Beliau di jangka akan berpindah ke sekolah yang berhampiran dengan tangga rumahnya. Dengan hampirnya sekolah dan tangga rumah ini, kami doakan moga moga ustaz anuar dapat menumpukan sepenuh hati bagi menyampaikan dakwah kepada anak bangsa. Kami baki guru agama yang masih disini terasa kehilangan suatu permata yang amat berharga...lepas ni tak dapat la nak tengok guru yang selalu tidur di meja guru setiap hari,,,penat buat kerja katakan,,,kerja terlalu banyak hinggakan tiap tiap malam kena tidur lewat ..walaupun akan ada yang ganti atau pun tidak, usaha mentarbiah akan kami teruskan.,,takbiiiiiiir !!!!!!!

Wednesday, October 21, 2009

ان الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر“

“ Sesungguhnya solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”

SABDA JUNJUNGAN

“Solat lima waktu yang kamu lakukan seperti kamu mandi di lima buah sungai setiap hari maka tidak bersihkah lagi kekotoran pada badanmu”
“Solat dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun-daun kering”

Bulan syawal baru saja berlalu,,walaupun sebilangan dari kawan kawanku telah pun berpindah sekolah, namun perjuangan ustaz2 dan ustazah yang masih ada, tetap diteruskan.

Budak2 tahun 4, seperti biasa menunaikan solat zohor dan asar secara berjamaah di bilik panitia agama islam dengan di selia oleh ustaz dan ustazah yang ada. Kadang kadang lucu jugak kalau tengok budak2 ni solat..yang jadi imam tu malu nak lafazkan Allahu Akbar dengan suara yang kuat. yang jadi ma'mum pulak terkial kial,,tak tahu sampai mana dah imam ni solat..nak kata tak ajar,,dah berbuih mulut ni bagi tau,,tapi tak per la demi anak2 kanibongan dan agama islam,,kena ulang pun tak per lah.

Tentang pindah sekolah tuuuu nanti lah,,hari tu gurau jer,,masih banyak lagi yang perlu di ajar untuk anak2 di sini.

Thursday, October 15, 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 4 2009

5HB-6HB SEPTEMBER 2009
KBS terakhir buat ustazah salehatun saleh...Perpindahan beliau satu kehilangan besar buat panitia agama islam dan juga sk. kanibongan...


kenangan bersama tahun 5 2009



turut serta menjayakan kbs...ustaz ismail,,,ustaz anuar,,dan ustazah dayang,..




seorang lg pendatang baru,,,,ustaz fadhlan..bersama pelajar tahun 4 2009.







kenangan bersama tahun 3 2009










tahun 2 2009,,ramai kan??????



tahun 1 2009..amboii ramai jugak kalau di campur semua pelajar ni,,tahun depan habis la aku,,semua dah pindah sekolah,,tinggal aku ngan fadhlan jer la terkial kial kat sini...kena mintak pindah jugak ni nampaknya.




Monday, October 12, 2009

JAMUAN AIDILFITRI 2009
ANJURAN PANITIA AGAMA ISLAM




Antara tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis.....







kenyang sudaaaaaah....







Monday, August 31, 2009

RAMADHAN KARIM



رمضان terjemahan harfiah( "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

“


Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...


”

— surah Al-Baqarah, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.

Saturday, August 15, 2009

DIMANA TULISAN JAWI KINI???????


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang menjadikan segalanya mempunyai hikmah dan tujuan. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw utusan Allah untuk sekelian alam.

Allah swt menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa, suku dan berpuak-puak, kejadian tersebut tidak terlepas dari tujuan dan hikmah, hakikatnya tetap kembali di dalam mengabdikan diri kepada Allah swt. Di dalam Allah swt menjadikan suku dan puak tersebut tidak terlepas juga tanda dan identiti bangsa itu disertakan buat mereka untuk membezakan satu bangsa dengan bangsa yang lain. Bukan bermakna ianya untuk memecah belahkan mereka tetapi menambah erat dan baiknya hubungan di antara mereka di atas saling mengenali antara satu sama lain, ianya telah dijelaskan lagi oleh Allah swt di dalam firman Nya:

“ wahai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa di antara kamu. Sesunggahnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” ( Al Hujurat : 13 )

Bangsa melayu adalah sebuah bangsa yang tidak ketinggalan di dalam menukilkan nama di persada dunia dari berabad dulu lagi, bahkan kini ianya semakin dikenali di mata dunia, mungkin sebab cara mengenali tersebut berbeza. Kalau ratusan tahun dahulu bangsa melayu lebih dikenali dengan kehebatan dan kekuatannya tapi kini mungkin lain sebabnya.

Bangsa melayu tidak terlepas juga diantara bangsa yang diberikan sesuatu yang dapat membezakan dengan bangsa lain, di antara percakapan, penulisan juga menjadi aspek utama bagi bangsa melayu ini di dalam komuikasi sehingga lahirnya sebuah penulisan yang bernama tulisan jawi.

Tulisan jawi ini berasal dari sebuah kerajaan Samudera Pasai atau di kenali dengan Samudera Darussalam yang diperintah oleh seorang raja yang bernama Maliku Salleh, ia terletak di persisir pantai Sumatera pada abad ke 13M satu ketika dahulu. Sebuah kerajaan yang besar, pusat perdagangan dan perkembangan agama Islam. Sebagai sebuah kerajaan yang besar, di kerajaan ini juga berkembang sebuah kehidupan yang menghasilkan karya penulisan yang baik. Sekelompok minoritas kretif berhasil memanafaatkan huruf arab yang dibawa oleh agama islam untuk menulis karya mereka di dalam bahasa melayu. Maka lahirlah penulisan yang dinamakan tulisan jawi dan hurufnya dipanggil arab jawi.

Sehingga hari ini, kita masih lagi dapati ada sebahagian tempat seperti Brunai masih lagi memakai tulisan jawi sebagai penulisan rasmi mereka, walaupun ada sebahagian Negara yang berbangsa melayu menolak tulisan jawi secara tidak langsung. Mereka lupa identiti yang sepatut mereka jaga dan pelihara bahkan jika dilihat dari Negara-negara lain, kemajuan setinggi mana pun mereka gapai tetapi identiti diri terutamanya bahasa lebih-lebih lagi penulisan tetap mereka jaga dan pelihara bahkan mereka pertahankan.

Kemelut permasalahan yang terjadi dikalangan anak melayu kita yang semakin buta terhadap tulisan jawi kurang diambil berat oleh mereka yang sepatutnya. Ini juga dirasai oleh golongan orang lama. Jika kita kembali kepada sejarah perjalanan tulisan jawi di tanah air kita ini, kita akan dapati suatu ketika dahulu pernah tulisan jawi diharamkan, sehingga lahir golongan yang terus tidak mengetahui tulisan jawi. Bila ditanya dan dirisik, maka mereka yang bersekolah ketika itu membuat pengakuan sehingga mereka meluahkan yang mereka lebih arif sejarah peradaban penjajah dibandingkan sejarah kemelayuan islam sendiri. Kita juga pernah dikejutkan dengan pengharaman akhbar utusan melayu, satu-satunya akhbar yang menggunakan tulisan jawi ketika itu tetapi pengharaman tersebut tidak lama. Bagaimana pun ianya kini hanya boleh kita dapati seminggu sekali pada hari isnin di dalam satu halaman khas yang menggunakan tulisan jawi, tidak lagi sebuah akhbar yang menggunakan seratus peratus isi kandungannya menggunakan tulisan jawi.

Apabila kita cuba selami kemelut yang terjadi ini, kita akan dapati permasalahan ini kini menjadi satu barah yang semakin parah tetapi tidak ada usaha untuk mengubatinya. Inilah yang amat menyedihkan kita bila sesuatu yang sepatutnya dipertahankan tetapi diambil sambil lewa bahkan mereka menganggap pihak yang cuba untuk mengubati barah ini sebagai golongan yang tidak menerima kemajuan.

Permasalah ini bukan setakat golongan yang terus buta tulisan jawi tetapi timbul juga pada golongan yang celik tulisan jawi. Ini dapat dilihat bila ejaan sesebuah perkataan itu berbeza-beza mengikut kemampuan individu itu sendiri. Ada yang beralasan ianya lahir dari jawi lama dan jawi baru, walaubagaimana pun ianya tetap dikira satu permasalahan yang timbul disebabkan pemakaian tulisan jawi yang tidak seragam. Ini berbeza dari penggunaan bahasa lain, walaupun mereka juga mempunyai istilah bahasa dan penulisan lama dan baru tetapi mereka berjaya untuk menyatukan penggunaan dikalangan mereka.

Bila dilihat dan diteliti barah yang terjadi ini, ianya secara tidak langsung telah membawa permasalahan ini kepada kata-kata “ melayu akan hilang didunia”. Ini kerana usaha untuk mengubatinya tidak ada, bahkan lebih menitik beratkan bahasa dan penulisan bangsa lain.

Walaupun kita lihat ada usaha-usaha dari pihak yang bertanggungjawab tetapi ianya setakat “melepaskan batuk ditangga, jangan sampai orang kata takda”. Tidak sebagaimana mereka memberi penekanan kepada bahasa yang mendatang. Kita tidak sesekali menolak kepentingan bagi mempelajari bahasa lain bahkan ianya telah diberi penekanan sendiri oleh Rasulallah saw, tetapi jangan sampai “ beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri di dalam melihat kepentingan dan tanggungjawab kita sebagai seorang yang mempunyai identiti bukan sekadar menyarung identiti orang lain. Fikir-fikirkanlah buat kita dan jenerasi akan datang, agar mereka terus kenal dan berpakaian dengan identiti sendiri.


wAllahu A’lam.

SEDIKIT PENGENALAN TENTANG J-QAF

KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan j-QAF menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan, semua murid Islam sekolah rendah akan dapat:
• Menguasai bacaan dan tulisan jawi
• Khatam al-Quran
• Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi
• Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain
KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Ibadah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.
1. Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.
2. Kepentingan Khatam al-Qur’an
al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.
3. Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.
4. Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.
MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam al-Quran;
4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:
1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
4. Kem Literasi al-Quran; dan
5. Pertandingan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF
1. Model Kelas Pemulihan Jawi
Model Pemulihan Jawi diperjelaskan di dalam Buku Panduan Perlaksanaan Model kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.
2. Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.
Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.
3. Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Friday, July 31, 2009

DOA IFTITAH


Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila.
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana
minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin.
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Tuesday, July 21, 2009

surah al-fatihah


Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Al-hamdu lillahi Rabb il-'alamin
Ar-Rahman Ar-Raheem
Maliki yawmi-d-Din
Iyya-ka na'budu wa iyya-ka nasta'in
Ihdina-sirat al-mustaqim
Sirat al-ladhina an'amta 'alai-him
Ghair il-Maghdubi 'alai-him wa la-d-dallin

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Praise be to Allah, Lord of the Worlds:
The Most Beneficent, the Most Merciful:
Owner of the Day of Judgement.
Thee (alone) we worship; Thee (alone) was ask for help.
Show us the straight path:
The path of those whom Thou hast favoured; Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray.
4 macam manusia
Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :
Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu,
yang boleh dijadikan pemimpin.
Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu
dibangunkan.
Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya
menjadi cerdas.
Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.
TINGGALKAN LIMA PERKARA
Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.
Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang
yang bijaksana.
Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
Tingggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescayaa anda akan lebih mengenal cacat sendiri.
Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari
keraguan-keraguan dan kemunafikan.