Saturday, February 19, 2011

PERLANTIKKAN KETUA PANITIA BARU

Ketua panitia agama Islam yang baru iaitu al fadhil ustaz md hurumi che yusof dengan rasminya dilantik bermula 1 mac 2011. Semoga dengan adanya tenaga yang baru akan membuahkan idea-idea yang baru dan boleh membawa perubahan pendidikan agama Islam kearah yang lebih gemilang dan cemerlang..

Wednesday, February 16, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Pada hari selasa 15.2.2011 / 12 Rabiul Awwal 1432H, Panitia Pendidikan Agama Islam Sk. Kanibongan telah menganjurkan satu majlis sambutan Maulidur Rasul SAW. Majlis ini dianjurkan bersama Panitia Agama Islam SMK Kanibongan dan turut mendapat kerjasama dari penduduk kampung pangkalan kanibongan.

Perarakan bermula di padang perhimpunan Sk.Kanibongan terus ke surau Kg. Pangkalan. Perarakan ini diiringi dengan paluan kompang dan juga selawat keatas nabi SAW.

Apabila tibanya di Surau Kg. Pangkalan, pelbagai program telah disusun sebagai pengisian majlis sambutan Maulidur Rasul ini. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi surau iaitu En. Jani Hj. Ahmad. Apabila selesai ucapan pengerusi surau, majlis diserikan dengan alunan nasyid yang dipersembahkan oleh adik-adik pelajar SMK Kanibongan.

Antara aktiviti-aktiviti lain yang berjaya di laksanakan ialah bacaan qasidah yang di ketuai oleh al fadhil ustaz firdaus mohd khairi. Dengan kemerduan suaranya sedikit sebanyak telah memukau telinga penduduk kampung yang hadir.


Majlis sambutan Maulidur Rasul SAW ini diserikan lagi dengan satu slot ceramah yang telah disampaikan oleh al fadhil ustaz Hurumi yusof. Tajuk ceramah beliau yang bertajuk "KENAPA KITA PERLU MENCINTAI RASULULLAH SAW"
Banyak ilmu yang beliau sampaikan dan banyak faedah yang kami dapat hasil daripada ceramah yang telah disampaikan itu.

Setelah mengikuti ceramah yang berlangsung selama 2 jam, para hadirin dan hadirat sekali lagi dihiburkan dengan alunan nasyid dari pelajar perempuan SMK kanibongan. Subhanallah,,,merdu sungguh suara adik-adik pelajar kita ni..

Bermula majlis seawal jam 7 pagi sehinggalah jam 11.30 masih lagi tidak berganjak para hadirin dan hadirat kita. Ini tandanya bahawa penghayatan umat Islam di kanibongan ini terhadap Rasulullah SAW amat tinggi..Alhamdulillah.






Majlis pada tahun ini berakhir dengan bacaan  doa yang telah disampaikan oleh al fadhil ustaz ismail al-khattat. Semoga majlis pada hari ini mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah taala...amiiiin.

Acara yang mungkin juga di tunggu-tunggu oleh penduduk kampung....walau apa pun selamat menjamu selera.
guru-guru (sk) yang menjayakan majlis,,,,
1) ustaz ismail othman
2) ustaz fadhlan abd majid
3) ustaz mohd hurumi yusof
4) cikgu nasir
5) cikgu syahir

guru-guru (smk)
1) ustaz azam abdullah
2) ustaz firdaus mohd khairi
3) cikgu zaki mat saleh
4) cikgu norawi seman
5) cikgu azmi nordin

Friday, February 11, 2011

MESYUARAT AGUNG MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH PITAS TAHUN 2011 / 1432H

Tarikh          : 7 Februari 2011
Hari             : Isnin
Masa           : 9.00 pagi - 01.00 petang
Tempat        : Bilik Mesyuarat PPD Pitas


Tarikh (MTQSS)          : 29-30 MAC 2011
Hari             : Selasa & Rabu
Masa           : 9.00 pagi - 04.00 petang

Tempat        : SMK Pitas II

Hasil dari mesyuarat ini juga, wakil dari sk kanibongan telah dilantik menjadi AHLI JAWATANKUASA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM PEJABAT PELAJARAN DAERAH PITAS TAHUN 2011 - 2013 sebagai penyelaras kem bestari solat (KBS).

KETUA         : US ISMAIL OTHMAN ( SK KANIBONGAN )
P. KETUA     : US SAFIR ( SK KUSILAD )

Tuesday, February 8, 2011

KEPENTINGAN KONSEP SYAHADAH
اشهد أن لا اله الا الله
وأشهد ان محمدا رسول الله
“ Tiada nilainya segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah SWT dan Rasululullah SAW.”

Oleh itu sesuailah Islam menetapkan syahadah sebagai tunjang keislaman yang perlu diucapkan, diimani, dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini.

Kanak-kanak yang telah menjejakkan kaki kea lam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf. Mereka perlu diajar dua kalimah syahadah, didorong melakukan amalan soleh dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah.

Begitu juga keadaannya bagi seseorang yang baru memeluk Islam. Diaperlu diajar melafazkan dua kalimah syahadah serta perkara-perkara yang telah disebut tadi.

“Syahadah bererti penyaksian atau pengakuan seseorang terhadap sesuatu. Apabila seseorang itu mengucapkan syahadah bererti ia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara.”

Makna syahadatain
Ialah dua kalimah syahadah dimana ia mengandungi dua bahagian syahadah:
لا اله الا الله

Penafian segala bentuk tuhan, kepercayaan, akidah dan penyembahan pengisbatan bahawa hanya Allah tuhan sekelian alam.
محمد رسول الله

Pengakuan kerasulan nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan utusan Allah.
Syahadatain ini akan diakui sah sekiranya kedua-dua bahagian syahadah tersebut diikrar sekali gus. Jika berlaku sebaliknya maka tidak sahlah syahadatain tersebut.

Konsep syahadah
Konsep syahadah perlu difahami dengan mendalam dan diterjemahkan kedalam kehidupan setiap orang Islam. Ini kerana penghayatan mendslsm akan mengukuhkan keimanan dan kesedaran untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan dua kalimah syahadah.

Tuntutan syahadah
1.    Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam iaitu solat lima waktu, zakat, puasa dan haji.
2.    Menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Fardu syahadah

Fardu syahadah ada dua:
1.    
Diikrar dengan lidah.
2.    Ditasdiqkan dengan hati.

Setiap syahadah itu hendaklah diakui terutama orang bukan Islam yang baru memeluk islam. Lidahnya hendaklah mengucapkan penyaksian itu sama ada dalam bahasa arab ataupun dalam bahasanya sendiri dengan melafazkan:

اسهد ان لا اله الا الله
واشهد ان محمدا رسول الله

“Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad itu pesuruh Allah.”

Pengakuan di dalam hati terserah kepada hati masing-masing dan Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya. Islam hanya boleh mengukur yang zahir sahaja, ertinya apabila seseorang itu mengucapkan dua kalimah syahadah maka dia telah pun dianggap sebagai seorang muslim.

Syarat sah syahadah
Oleh itu apabila seseorang telah melafazkan kalimah syahadah maka dia hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dengan lidah itu. Dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah. Jika disebut sahaja tetapi tidak diamalkan maka tidaklah sah syahadahnya.

Syarat sah syahadah ada empat:
1.    Diketahui
2.    Ditasdiqkan dengan hati
3.    Diikrar dengan lidah
4.    Diamalkan dengan anggota

Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah, maka wajiblah dia mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan atau tegahan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.