Tuesday, January 25, 2011

TERIMA KASIH PPD PITAS

Syukur kehadrat Allah taala kerana doa kami guru-guru agama Sk Kanibongan akhirnya telah dimakbulkan. Kehadiran Ustaz Hurumi bin Che yusop ke sekolah kami amatlah kami hargai. Semoga al fadhil Ustaz dapat memberi kerjasama yang sepatutnya. Bagi pihak panitia agama Islam, InsyAllah akan memberi kerjasama dan tunjuk ajar yang secukupnya....

Walaupun hanya seorang sahaja guru baru yang di tambah, kami amat berterima kasih kepada PPD Pitas kerana beban kami sedikit sebanyak dapat di kurangkan...

Setakat ini proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan agama islam berjalan dengan lancar, cuma subjek Bahasa Arab saja yang masih tiada guru. Diharapkan PPD mengambil berat tentang hal ini.

Sunday, January 16, 2011

PERSEDIAAN YANG PERLU ADA BAGI SETIAP PELAJAR YANG INGIN MEMPELAJARI SENI KHAT

Terbahagi kepada dua iaitu :
i. Persediaan fizikal
Tubuh badan Yang sihat dan anggota yang sempurna. Walau bagaimanapun tidak menjadi masalah dan halangan bagi orang yang sempurna atau tidak cukup sifatnya asalkan mempunyai minat yang mendalam.

ii. Persediaan mental
a. Minat yang mendalam
b. Emosi yang tenang
c. Ketekunan yang jitu
d. Kesungguhan yang mantap
e. Daya imaginasi yang tinggi
f. Daya cipta dan tiru yang halus
g. Melatih diri untuk menjadi seorang mempunyai jiwa yang tinggi, halus, perasaan yang tajam, bertenang dan bekerja dalam situasi yang jauh dari jiwa yang gelisah dan gopoh serta bersikap tenang. Selain itu dapatkan bimbingan dari guru yang berpengalaman serta berkemahiran tinggi.

Wednesday, January 12, 2011

Hala tuju mempelajari seni khat

Masyarakat Islam di Malaysia khususnya serta masyarakat dunia amnya perlu :

i. Memartabatkan dan membudayakan tulisan Al-Quran.
ii. Mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam.
iii. Memperjuangkan tulisan jawi Di Malaysia ke arah melahirkan generasi al-Quran yang mempunyai roh islam serta mengenali dan mencintai tulisan jawi.
iv. Meningkatkan kefahaman seni khat Di seluruh peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi dengan menjadikanya sebagai satu mata pelajaran atau ko-kurikulum yang bergerak aktif dan sistematik.
v. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang banyak melahirkan khattat yang berwibawa melalui seminar-seminar dan aktiviti Di bengkel dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Tujuan mempelajari seni khat

I. Memelihara Al-Quran dengan tulisan.
II. Menjunjung wahyu Ilahi.
III. Membantu meninggikan syiar Islam melalui penyebaran Wahyu Allah dengan tulisan khat.
IV. Memelihara dan mencatat ilmu-ilmu Islam dan khazanah Warisan lampau yang menjadi rujukan muslimin sejagat.

Sunday, January 9, 2011

PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT

Kepentingan mempelajari seni khat:
i. Kepentingan kepada individu:
a. Khat merupakan satu wasilah perhubungan kemanusiaan dan merapatkan hubungan antara manusia bagi merialisasikan urusan kehidupan dengan sempurna.
b. Khat juga merupakan sumber rezeki kepada orang yang mempunyai bakat dan kesungguhan dalam bidang ini.
c. Orang yang mencintai khat mempunyai perasaan dan jiwa yang halus serta yakin.


ii. Kepentingan kepada masyarakat:
a. Khat digunakan untuk menulis pelajaran, ilmu pengetahuan, akhbar,majalah dan sebagainya.
b. Khat ditulis pada lukisan-lukisan kesenian, papan tanda iklan yang bersifat dakwah dan masyarakat boleh menghayati dan mempelajari kesenian khat itu di setiap tempat seperti di rumah, jalan-jalan dan sekolah-sekolah.
c. Khat adalah alat pemindahan ilmu turas ( ilmu warisan ) dan ilmu pengetahuan. Ia dapat dibuktikan apabila kitab-kitab itu dihiasi dengan kulit yang indah dengan tulisan yang pelbagai jenis semenjak dahulu.

Wednesday, January 5, 2011

MENGENAL ALLAH

TUJUAN MAKRIFAT ATAU MENGENAL ALLAH

Menjurus kepada kepatuhan dan peribadatan terhadapnya bagi mencapai keredhaan dunia dan akhirat. Para ulama bersepakat memutuskan setiap umat islam wajib mengetahui dengan yakin sifat-sifat yang wajib , yang mustahil dan yang harus bagi Allah.


CARA MENGENAL ALLAH

Melalui akal dan merenung ciptaan Allah SWT.
Mengenali nama-nama dan sifat-sifat-nya.

MENGENAL RASUL

Tanpa mengenali Rasul SAW yang diutuskan sebagai rahmat untuk seluruh umat, kita tidak akan mendapat hidayat daripada Allah SWT. Kita juga tidak akan mendapat nikmat syurga yang kekal pada hari kiamat.
Para rasul juga mempunyai sifat-sifat wajib, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat jaiz (harus).

Rasul sebagai manusia pilihan Allah semestinya memiliki akhlak yang terpuji dan jauh daripada sifat tercela.

“ Sifat yang harus bagi rasul ada satu iaitu mempunyai sifat sebagaimana sifat manusia biasa tetapi tidak membawa kepada tercemarnya darjat kerasulan mereka.”
Mereka makan, minum, lapar, dahaga, berasa dingin dan panas, sakit, sihat, berusaha mencari rezeki dan sebagainya. Firman Allah SWT:


yang bermaksud: sesungguhnya kami telah mengutus beberapa orang rasul sebelummu dan kami memberikan isteri-isteri dan keturunan kepada mereka.
(surah al-ra’d:38)